fb Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan perlantikan lima Pengerusi Badan Berkanun hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelantikan itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelantikan berkuatkuasa 15 Mei depan.

Antara yang dilantik adalah Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Dr. Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Seorang lagi adalah Muhammad Faiz Fadzil yang dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Muhammad Faiz pernah menjawat jawatan sama pada 2018 lalu di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan.

“Saya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan mengalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” kata Mohamad. – MalaysiaGazette