SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data hampir 12,000 pemohon universiti tersebut.
Menerusi akaun Twitter rasminya @uitmofficial, universiti itu memaklumkan bahawa pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemas kini telah dilakukan.
“Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih,” ciapnya.
Ini susulan seorang pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan emel pemohon sebagai pautan tidak selamat.
–BERNAMA