Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 69 tahun itu ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan pada pukul 4.36 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing negatif,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.

Kamarul Zaman berkata, permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, kata beliau.

Justeru, beliau berkata orang ramai dinasihati agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya itu. – Bernama

4 Komen

    • warga asing tu warganegara singapore. siap boleh faham dan cakap bahasa melayu lagi. dkt singapore takda surau ke??? takkan dia bodoh sangat tak tau tempat wudhu org islam dgn paip biasa ? nama negara maju tapi mentaliti rakyat lagi teruk dari dunia ke tiga. kencing bersepah2

  1. Uish..warga asing dr negara maju kot. Istilah TOILET ni kat negara mana pun sama ja. Simbol tandas pun sama ja mana negara. Ini lebih kepada budaya masyarakat yang suka pancut merata. Tak kira jantan betina, adab tauk parit.

  2. apsal tak sebut warga singapore je ?? portal berita singapore kalo warganegara Malaysia buat hal, nama Malaysia lah paling besar dia tulis

Comments are closed.