MGNews : Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah RM15 Juta

Seorang pengarah syarikat, Datuk Seri Sim Choo Thiam mengaku tidak bersalah di Mahkaham Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM15 juta.

Lelaki berusia 54 tahun itu, didakwa meminta dan menerima rasuah bagi mendapatkan projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dua tahun lalu.