Penyedia perkhidmatan digital MY E.G. Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur di rumah bermula 1 Mac ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersetuju  melanjutkan kontrak MyEG bagi memastikan perkhidmatan kerajaan tidak terjejas berikutan kelewatan  projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISE).

Sumber terdekat di KDN ketika dihubungi hari ini memberitahu keputusan tersebut juga untuk membantu membimbing dalam khidmat permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing.

“Kontrak MyEG sepatutnya berakhir pada 22 Mei ini tetapi Menteri KDN (Datuk Seri Saifuddin Nasution) telah membuat keputusan untuk melanjutkan kontrak itu sehingga projek sistem NIISE disiapkan sepenuhnya nanti.

“Ini merupakan lanjutan ketiga yang diberikan kepada MyEG sejak menjadi penyedia servis PLKS kepada Imigresen,” jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini KDN telah memperuntukkan wang berjumlah hampir RM1.2 bilion untuk projek NIISE yang sepatutnya disiapkan pada 2024.

Pada Februari lepas Ketua Pengarah Imigresen ketika itu Datuk Seri Khairul Dzaimee Mohd Daud berkata segala perkhidmatan berkaitan Imigresen akan diuruskan di bawah jabatan termasuk khidmat MyEG sebagai pihak ketiga.

Sebelum ini pasa tahun 2020 kerajaan ketika itu memberi penyambungan kontrak tiga tahun kepada MyEG bernilai RM208 juta.- MalaysiaGazette