Foto: JBPM KL

KUALA LUMPUR – Sebuah stor menyimpan barangan komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, di sini, terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 7.26 pagi tadi dan seramai 15 anggota dengan dua jentera dan sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap berkenaan, kebakaran melibatkan stor menyimpan komputer berkeluasan 20×20 kaki dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.42 pagi.

“Kebakaran memusnahkan 60 peratus stor berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat, punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata jurucakap itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast