Datuk Sabariah Saidan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Majlis Silaturahim Aidilfitri JKM-NGO Kebajikan Negeri Pahang di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan pada semalam

KUANTAN  – Kerajaan negeri mensasakan 300 anggota bagi menggerakkan penubuhan Koperasi Orang Kurang Upaya (KOKU) Pahang.

Exco Kebajikan Masyarakat, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, koperasi berkenaan baru sahaja ditubuhkan pada Mac lalu sebagai usaha menyokong golongan itu dalam meningkatkan sektor ekonomi.

”Status penubuhan KOKU pada bulan Mac lalu dan mesyuarat pertama sudah diadakan. Kita sudah berjaya ditubuh pada penyertaan peringkat ahli seramai 20 anggota yang terdiri semuanya dari kalangan OKU dan 11 ahli lembaga .

”Ada geran akan datang cuma kena mohon, dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri menyokong penubuhan koperasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sambutan Majlis Silaturahim Aidilfitri JKM-NGO Kebajikan Negeri Pahang di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, semalam.

Menurutnya, walaupun anggotanya dalam kalangan OKU, namun mereka mempunyai kepakaran masing-masing bagi membantu golongan komuniti itu.

Waratawan Malaysia Gazette, Syahira Yahya menerima penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan kecaknaan dan usaha mengenengahkan isu kebajikan dalam arus perdana di negeri ini

Sementara itu, Sabariah berharap semua lapisan masyarakat cakna dan memberi makluman kepada sebarang isu kebajikan dan sosial di negeri ini dengan melaporkan sebarang insiden berkaitan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) setempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast