Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, menafikan tuduhan pegawainya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Malah, beliau juga menafikan telah memecat pegawainya kerana terpalit dengan isu rasuah.

“Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM.

“Namun begitu, jika terdapat sebarang siasatan, saya dan mana-mana pegawai saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, sebuah laman portal menerusi saluran Telegram mendakwa, Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast