NIBONG TEBAL – Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kesemua enam negeri, kini hampir 95 peratus selesai.
Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
“Rundingan kerusi hampir selesai … cuma ada sikit sini sana yang belum selesai, tetapi secara amnya rundingan kerusi berjalan dengan aman dan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Projek Hebat II, Wau Rocketery Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, semua rundingan yang dijalankan diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman lebih baik sehingga keputusan akhir dapat dimuktamadkan.
“Setiap rundingan berteraskan formula gagasan Kerajaan Perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik, manakala berhubung pembahagian kerusi kita ada perimeter yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbukanya di Kepala Batas, semalam. – Bernama
PHBN gagal SELESAI PRN6N
sembang agih-agih kerusi DUN
sedang runding – belum siap runding
hampir selesai – belum selesai
perlu formula – tiada formula
formula? ada ada ada
cerita P.Ramli
PEMBAHAGIAN PENYAMUN
aq satu ko satu aq satu.
aq satu ko satu aq satu aq satu
aq satu ko satu aq satu aq satu
hehehe teruskan terus membahagi..
akhirnya baru NYATA
goodbye Zahid Hamidi
pembahagian kerusi dikalangan komponen PN selesai dah ke..
dengar cita Bersatu hanya dpt kerusi gred B dan Pas pula dpt kesemua kerusi gred A..
terbaiklah PAS..