Mohamad Hasan di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Tentera Darat 2023 di Kem Sungai Besi malam tadi.

KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 warga Tentera Darat dan ahli keluarga mereka dari seluruh negara hadir memeriahkan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Tentera Darat 2023.

Majlis sambutan itu diadakan secara berperingkat bermula  jam 2 petang hingga 10 malam tadi di Wisma Perwira Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalannya, Adly Zahari dan  wakil kedutaan Amerika Syarikat, Qatar dan Turkiye.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan isterinya Tengku Puteri Seri Teja Puan Seri Datuk Tengku Muhaini Almarhum Sultan Ahmad Shah turut hadir.

Perasmian majlis itu disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Panglima Tentera Darat bersama isteri, Datin Seri Ramlah Dawi selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) Darat menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota tentera serta pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM). – MalaysiaGazette