Salah satu game yang diadakan sempena Majlis Hari Raya Taman Kencana 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR – Walaupun isu jajaran baharu projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang mungkin dibina di kawasan mereka belum dimuktamadkan namun tradisi sambutan hari raya tetap dianjurkan di Taman Kencana.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Taman Kencana 2023 anjuran persatuan penduduk di sini disambut meriah.

Ahli jawatankuasa diadakan sempena Majlis Hari Raya Taman Kencana 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.

Dengan pakaian hari raya lebih 300 orang hadir termasuk pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Selain dijamu juadah raya, orang ramai juga ‘dihidangkan’ dengan persembahan kanak-kanak, cabutan bertuah selain pemberian duit raya.

Suasana sempena Majlis Hari Raya Taman Kencana 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.

Suasana juga dimeriahkan dengan persembahan bunga api.

Najib menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah kanak-kanak sempena Majlis Hari Raya Taman Kencana 2023 malam tadi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kencana, Mohd Najib Mohd Nor berkata, sambutan sempena Syawal itu diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Bekas ADUN Cempaka, Datuk Iskandar Sama antara jemputan hadir sempena Majlis Hari Raya Taman Kencana 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.

Selain itu, katanya, ia juga bagi memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan mereka bagi menghadapi apa juga cabaran mendatang termasuk isu MRT3 yang dikatakan mungkin melibatkan kawasan Taman Kencana.

Kanak-kanak menyerbu gerai ais krim sempena Majlis Hari Raya Taman Kencana 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis yang sama turut dihadir oleh pemimpin tempatan merentasi pimpinan parti politik, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan.

Sebelum itu, wakil kerajaan negeri memberi jaminan pembinaan jajaran MRT3 tidak melibatkan kediaman penduduk namun masih belum ada dokumen hitam putih mengenainya. – MalaysiaGazette