Muhammad Faisal Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung keputusan penarikan semula rayuan kes berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia sesuatu yang besar kerana melibatkan isu kepentingan awam dan pertikaian yang menyentuh isu sensitif yang berpanjangan.

“ABIM juga berpandangan memandangkan proses Mahkamah belum berakhir, sewajarnya isu ini diserahkan kepada peringkat mahkamah tertinggi dalam negara untuk dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkannya, kementerian dan kerajaan memfailkan notis penamatan itu pada 18 April lalu.

Notis berkenaan menyatakan KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sultan Selangor, Johor bertitah supaya rayu kes kalimah Allah – Zulkifli