Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menjelaskan industri gula tempatan tidak lagi menerima subsidi daripada kerajaan sejak 2013.

Jelasnya, ia beroperasi dalam industri terkawal yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Oleh itu, harga runcit gula di Malaysia kekal sebagai antara yang termurah di dunia seperti yang diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Penentuan Harga Maksimum – No. 2, Perintah 2017).

“Walaupun beroperasi dalam persekitaran yang mencabar dengan kos operasi yang tinggi, industri gula tempatan memerlukan campur tangan segera kerajaan dengan cara menaikkan harga atau atas dasar harga terapung.

“Sebagai pengeluar makanan penting, syarikat penapis gula tempatan memastikan keterjaminan makanan manakala import bukan pilihan yang mampan dan kuota eksport yang terhad dari negara pengeluar, terutamanya India, yang mungkin dihentikan untuk melindungi keperluan domestik,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Subsidi gula: Hebatkan strategi ekonomi negara kita – Shahrir