Anuar Ahmad

KUALA LUMPUR – Ramai guru tertanya-tanya mana berita gembira untuk guru Malaysia.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan, Dr Anuar Ahmad berkata, majlis sambutan Hari Guru di Melaka sudah pun tamat.

“Semalam riuh rendah kata ada berita gembira untuk guru Malaysia.

“Semua ternanti-nanti.

“Mana berita gembira tu?,” soalnya dalam hantaran di Facebook.

Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru – Fadhlina

Katanya, ramai rakan-rakan guru membayangkan berita gembira sebagai ‘penghargaan’ sempena Hari Guru adalah seperti berikut.

Antaranya, semua bilik guru disediakan penghawa dingin serta disediakan meja dan ruang kerja yang sesuai. Ini akan meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan guru untuk bekerja.

Selain itu, kemudahan pinjaman peribadi yang khusus untuk guru-guru dengan kadar faedah pinjaman yang paling minimum.

Cuti guru (cuti sekolah dan cuti hujung minggu) tidak ‘diganggu’ dengan arahan pentadbir sekolah dan daerah.

Kementerian Pendidikan akan sediakan peruntukan supaya semua sekolah menyediakan kemudahan bilik cetak untuk kegunaan guru-guru mencetak, membuat salinan fotostat untuk tujuan pembelajaran murid. Pencetak dan kertas disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Atau, guru-guru yang membawa murid-murid keluar dari sekolah untuk tujuan aktiviti atau pertandingan akan disediakan kereta/van sewa bersama pemandu.

Selain itu, Hadiah Latihan Persekutuan untuk guru-guru ditambah bilangannya untuk guru-guru melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan PhD.

Juga, disediakan pembantu guru bagi kelas yang mempunyai 40 murid dan ke atas.

“Ini contoh -contoh berita gembira yang diharapkan oleh para guru….,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

KPM umum 10 ‘hadiah’ buat guru termasuk program Cuti-cuti Cikgu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Indah khabar dari rupa. Mulut manis menutur bicara,menabur janji,bersulam madah indah tapi semuanya retorik dan janji palsu. Selagi kerenah birokrasi dan cara pentadbiran peringkat sekolah,PPD,JPN dan KPM tidak berubah,ditadbir ikut mimpi, selagi itulah guru2 jadi mangsa ‘ scammer’ pegawai atasan.

  2. Inilah akibat bila bukan guru menjadi menteri pendidikan. Dia tidak faham kerja guru.

Comments are closed.