KUALA LUMPUR – Daerah Tuaran di Sabah kini dikategorikan sebagai zom merah Covid-19 berikutan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joachim Gunsalam memaklumkan, 26 kes baharu dilaporkan sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.

Tuaran satu-satunya daerah mencatatkan kes paling banyak ketika ini, menyebabkannya ia kembali diklasifikasikan zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan perkembangan harian kes Covid-19. – MalaysiaGazette