KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemilik syarikat ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) demi mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja dibawah program PENJANA.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM, Selangor pada 1 tengah hari tadi selepas selesai memberi keterangan.

Menurut SPRM, suspek dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira  RM370,000 pada tahun 2020 sehingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke mahkamah Majistret Shah Alam esok jam 9 pagi untuk permohonan reman.

Semalam, SPRM menahan reman tiga individu dari dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja secara atas talian yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada PERKESO di bawah program PENJANA.-MalaysiaGazette