Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan anugerah kepada Bahagian Kelahiran, Zikri Kamaruddin pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Persaraan Tahun 2023 Jabatan Pendaftaran Negara di Dewan De Seri Endon, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 18 MEI 2023.

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri menggesa agar ahli politik berhenti untuk menjadikan isu ini sebagai modal politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Tambah Datuk Seri Saifuddin Nasution, semua pihak harus bertenang dan membiarkan kerajaan menyelesaikan isu itu tidak lama lagi.

“Saya gesa semua ahli politik ambil tanggungjawab isu ini, mereka semua tahu dan sambil nak kaut keuntungan politik jangan belakangkan fakta.

“Mahkamah tidak pernah putuskan soal agama. ianya adalah soal pelanggaran terhadap keputusan Kabinet dan arahan pentadbiran,” katanya katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Majlis Pesaraan Tahun 2023 Jabatan Pendaftaran Negara (JPM) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan isu kalimah Allah akan digunakan masa PRN nanti.

Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata, Kabinet belum memutuskan kementerian mana yang akan mengetuai usaha mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, biar pun punca kuasa menerusi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah daripada kementeriannya namun perkara itu belum diputuskan oleh jemaah menteri.

“Kabinet akan tentukan, kalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa itu adalah Akta Penerbitan Mesin Cetak dibawah kawal selia KDN.

“Tapi yang namanya mengemukakan rencana yang komprehensif ia digunakan untuk kawal selia oleh Majlis Raja-Raja, saya fikir Kabinet akan diputuskan,” 

Semalam, Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan tersebut kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu bagi menyelesaikan isu kalimah Allah secara menyeluruh dan bersepadu.

Jelas Anwar, kerajaan komited dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di negara ini.

Semuanya bermula apabila KDN dan kerajaan mengambil tindakan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Lebih baik orang2 Islam ambil langkah lebih berhati2 dengan puak2/agen2 one world order yang bepusat di NY sana?

    Mereka baru sahaja berjaya mengharamkan perkahwinan bawah umur dinegara ini. Allah menghalalkan tapi mereka berjaya mengharamkannya!

    Mereka dipercayai punyai agenda yang lebih besar?

  2. Bila saja mencapai akhil baligh boleh sahaja bernikah… tak perlu tunggu umur 16 tahun ke, 18 tahun ke, itu maksud penulis diatas…

    Mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah adalah perbuatan SYIRIK!

Comments are closed.