Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bebas untuk menyertai mana-mana parti politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Khairy bukan lagi ahli parti itu.

“Itu hak dia (Khairy) nak kemana-mana pun. Dia bukan lagi ahli UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 3 tahun 2023, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

“Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber,” kata Muhyiddin.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak terkejut dengan pelawaan yang diterima oleh Khairy itu/

Sementara itu, ketika ditanya sama ada UMNO berhasrat untuk melakukan rundingan bersyarat dengan Khairy, Ahmad zahid memberitahu, beliau tidak akan mendedahkan sebarang strategi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. memang ZAHID HAMIDI tidak terkejut Muhyidin pelawa KJ tapi rakyat TERKEJUT bila Wak Welanon di pelawa jadi TPiem.
    goodbye Zahid Hamidi after PRN 6Negeri.
    sayonara

Comments are closed.