Bahurdin (baju biru) bersama Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd pada sambutan rumah terbuka Yaysan Kolsum Bivi di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Yayasan Kolsum Bivi mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memupuk semangat kemasyarakatan.

Pengerusinya, Datuk Bahurdin Abdul Kader berkata, acara tahunan pihaknya itu juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dengan pihak yayasan.

“Sambutan ini juga secara langsung memberikan peluang kepada semua kenalan untuk berjumpa dan berinteraksi di antara satu sama lain.

Antara jemputan yang hadir.

“Malah, kita percaya melalui pertemuan sebegini mampu memupuk lagi semangat rakyat Madani yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya ketika ditemui.

Majlis bermula jam 12 tengah hari itu turut dihadiri Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Nor; mantan Hakim Mahkamah Syariah, Datuk seri Yusuf Che Teh; Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Majistret, Nurul Atikah Asharaf Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail, bekas Adun, Abdul Malik Abdul Kassim serta Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan. – MalaysiaGazette