Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang pensyarah universiti kerugian RM2.58 juta setelah terbabit dengan sindiket tuntuan insurans palsu dan penggubalan wang haram.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahya Othman berkata, mangsa wanita berusia 52 tahun itu menerima panggilan telefon daripada agen insuran menyatakan beliau terlibat dengan tuntutan insuran palsu dan penggubahan wang haram pada 22 Januari lalu.

Tambah beliau, agen itu telah meminta beliau membuka dua akaun bank untuk tujuan siasatan dan diarahkan memindahkan wang ke akaun itu.

“Suspek tetah meminta mangsa untuk memberi maklumat perbankan miliknya beserta gambar kad ATM dan kata laluan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Yahya mangsa terasa ditipu setelah gagal menghubungi suspek dan wang yang dipindahkan sebanyak RM2,576,781 ke akaun sementara tidak diperolehi.

Beliau berkata, sumber kewangan mangsa melibatkan wang simpanan dan pinjaman peribadi mangsa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan  https://semakmule.rmp. gov.my  terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette