Antara kenderaan terjejas akibat pokok tumbang susulan hujan lebat dan ribut. Foto Ihsan JBPM KL.

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi di ibu negara terkesan dengan kejadian pokok tumbang selain kerosakan kenderaan dan rumah susulan hujan lebat dan ribut sejak jam 7 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan pokok tumbang di 19 lokasi sekitar ibu negara setakat jam 8.12 malam.

“Sebanyak 19 lokasi itu termasuk Jalan Kuching; Jalan Ampang; Jalan Jinjang Aman 2; Jalan Kampung Padang Balang; Jalan Danau Saujana 1 Danau Kota, Jalan Sultan Ismail (Bukit Nanas); Jinjang Selatan; Astana Mont Kiara; PSN Raja Chulan dan Kampung Padang Balang.

“Selain itu, pokok tumbang juga dilaporkan di Jalan Dato Senu 26; Jalan Syed Putra; Jalan Stesen Sentral 2; Jalan Ipoh (SMK Batu Muda); Tasik Titiwangsa; Jalan Udang Kepal Segambut; Masjid Negara; Jalan Santan, Segambut dan Jalan 2/23D Danau Kota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah APM, dalam kejadian itu beberapa kenderaan membabitkan kereta dan motosikal turut dilaporkan akibat dihempap pokok tumbang.

“Ada juga laporan yang terima membabitkan pokok tumbang menghalang laluan selain menghempap rumah.

“Bagaimananpun, kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dijalankan,” ujarnya. – MalaysiaGazette