Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membuat laporan berhubung tuduhan palsu dan kebocoran maklumat sulit kerajaan dan fitnah berkaitan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan polis dibuat terhadap beberapa akaun Facebook, TikTok dan Telegram yang menuduh beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan projek RTB tanpa melalui proses dan tatacara yang teratur.

“Ini secara jelas telah mendorong orang awam yang membaca hantaran tersebut membuat tanggapan bahawa kami menyeleweng dana awam bagi tujuan politik.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak polis dapat mengenal pasti dalang di sebalik tuduhan palsu, fitnah dan kebocoran maklumat sulit kerajaan dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi menegaskan, Kerajaan Perpaduan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim komited terhadap tatakelola baik dan tahap integriti yang tertinggi.

Sebelum itu tular di beberapa media sosial dokumen cadangan pelaksanaan RTB dalam Rancangan Malaysia ke-12 dengan kaedah perolehan secara tender terbuka (reka dan bina terpilih.

Dokumen tersebut ditandatangani oleh Nik Nazmi dan dialamatkan kepada Perdana Menteri.

Turut tular nama kontraktor yang dicadangkan bagi membina tebatan bajir berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. NAK tanya budak MADANON ni…. apa cer dan perlunya perolehan maklumat SULIT KERAJAAN sebelum PRU 14 oleh pihak pembangkang?
    sebagai kerajaan terpilih sekarang, menteri-menteri tak nak dakwa KES berlalu tu ke?
    main pilih-pilih ye …
    KES ZAHID HAMIDI tu dulu kategori fitnah ke dan sekarang fitnah juga ke?
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.