KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Teraju dan Yayasan Peneraju
Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kedua-dua agensi bawah kementerian itu sedang dalam proses pertukaran kepimpinan.
Menurutnya, Teraju bertanggungjawab menguruskan pembangunan agenda ekonomi Bumiputera manakala Yayasan Peneraju menguruskan pembangunan kemahiran dan bakat profesional Bumiputera
“Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang kerja boleh didapati di laman Teraju, Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi,” katanya.
Kementerian Ekonomi juga bertanggungjawab mengendalikan agenda pembangunan ekonomi digital melalui Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR).
Tambahnya, kementerian itu turut mempelawa profesional dalam bidang tech dan digital yang mahu menawarkan diri sebagai anggota MED4IR.
Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang tugas boleh didapati di laman MyDigital.
MED4IR dipengerusikan oleh Perdana Menteri. – MalaysiaGazeette