Orang ramai yang menyertai himpunan demonstrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah ALLAH ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenalpasti peserta dan penganjur perhimpun bantahan penarikan rayuan kes kalimah ‘Allah’ di hadapan Masjid Negeri di Shah Alam, Selangor hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap kumpulan yang berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa di tempat awam selepas solat Jumaat.

Jelas beliau, polis tidak menerima permohonan atau notis pemakluman awal mengenai rancangan demonstrasi bantahan yang dianjurkan itu.

Orang ramai yang menyertai himpunan demonstrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah ALLAH ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2023.

“Kita buka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

“Polis memang telah kenalpasti peserta, termasuk penganjur yang hadir menyertai protes itu dan mereka akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya dalam pesanan WhatsApp, hari ini.

Terdahulu, beliau mengesahkan polis mengesan mesej menyeru Nbadan bukan kerajaan dan umat islam untuk mengadakan bantahan penarikan rayuan kalimah Allah di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas solat sembahyang Jumaat di laman media sosial. – MalaysiaGazette

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Ummah dan Islam membuat himpunan demonstrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah ALLAH ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2023.