Salahuddin Ayub

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub berpendapat ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi, tiada masalah untuk mengundi calon bukan daripada parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tahun ini.

Ini kerana beliau percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon yang telah ditetapkan.

“Kita harap undi daripada PH akan dapat diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan begitu juga sebaliknya, transformasi ini penting, jadi saya harap dengan kesepakatan itu calon yang ditampilkan dapat sokongan sama ada PH atau BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersama Ahli Parlimen Pulai, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada Kerajaan Perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Salahuddin berkata berdasarkan pengalamannya, berada dalam gabungan parti politik, kebiasaannya ahli parti akan patuh dan undi calon yang telah dipersetujui oleh pemimpin mereka.- BERNAMA

1 Komen

  1. Salahuddin Ayub kata pengundi tiada masalah UNDI calon bukan dari parti sendiri. Betul betul betul tu yang terjadi masa PRU 15 yang UMNO Allah bagi nyawa-nyawa ikan tu. cari berita berapa undi ZAHID HAMIDI menang? President Wak Welanon dapat undi boleh kira guna jari je…. SEBABNYA rakyat TIADA MASALAH undi calon lain hahaha…
    goodbye Zahid Hamidi.. tak lama dah….

Comments are closed.