Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua gempa bumi kuat berukuran 6.0 dan 7.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pertama berlaku pada 9.15 pagi itu berpusat di 913 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 58 km.

“Gempa kedua pula berlaku pada 10.10 pagi pada jarak 894 km barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 93 km,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast