Pasukan Geram Beat PGA Tug Of War

KUALA LUMPUR – Pasukan Geram Beat PGA Tug Of War membawa balik wang tunai RM5,000 selepas menjadi johan Tarik Tali Sabah di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Pasukan dari Briged PGA Sabah itu memenangi kategori lelaki terbuka sempena Sambutan Pesta Kaamatan Penampang (sukan Tradisi) Migazat Dukug 2023.

Selain itu, tempat kedua dimenangi pasukan Gombunan Tug Ream dan ketiga, BlackMaria Tug Of War (IPK Sabah) yang masing-masing dari Tambunan.

Bagi kategori wanita terbuka dimenangi kumpulan Mark Mucle Gym dari Penampang diikuti naib johan, Blackpearl.

Pasukan Geram Beat PGA Tug Of War ditubuhkan atas cetusan Inspektor Razi Nayan atas dasar minat mendalamnya pada sukan tarik tali.

Pada mulanya beliau mencari mereka yang berminat dalam kalangan anggota Briged Sabah untuk membentuk gabungan bersama Pasukan Tarik Tali IPK Sabah  yang diadakan di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Selepas membuat pemilihan, senarai nama diberi kepada Komander Briged Sabah, Senior Asisten komisioner Abdul Rani Alias yang kemudian mencadangkan untuk menubuhkan pasukan tarik tali sendiri atas nama Briged Sabah memandangkan terdapat sebilangan ahli pernah mewakili ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Sejarah juga tercipta kerana sebelum ini Briged Sabah tidak pernah menghantar pasukan menyertai mana-mana edisi kejohanan tarik tali Piala KPN mahu pun menyertai pertandingan tempatan yang di anjurkan.

Anggota yang terpilih telah menjalani intensif melalui latihan keras bagi memantapkan lagi fizikal, mental, teknik tarikan dan segala aspek latihan dititikberatkan daripada segi ketahanan dan juga pemakanan.

Anggota yang terlibat juga telah memberi sepenuh komitmen serta berdisplin tinggi demi menaikan nama Pasukan Gerakan Am Briged Sabah. – MalaysiaGazette