EL SALVADOR -Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas berlaku rempuhan di stadium bola sepak di sini.
Insiden itu berlaku semasa perlawanan antara pasukan tempatan Alianza dan pasukan Fas yang berpangkalan di Santa Ana di Stadium Cuscatlán.
Kejadian itu menyebabkan perlawanan digantung.
Presiden Nayib Bukele menyifatkan peristiwa itu sebagai “belum pernah berlaku sebelum ini” dan mahu siasatan menyeluruh dibuat.
Polis sebelum ini berkata, tujuh lelaki dan dua wanita antara yang maut, dengan kesemua mangsa berusia 18 tahun ke atas.
Bencana itu dilaporkan berlaku selepas sebilangan besar peminat cuba memasuki stadium selepas pintu pagar ditutup.
Difahamkan ada pihak yang enjual tiket palsu.
Rakaman yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan peminat bola sepak cuba merobohkan penghadang di pintu masuk stadium.
Strim langsung perlawanan yang disiarkan di YouTube menunjukkan perlawanan digantung selepas kekecohan yang ketara di tempat penonton.
Orang ramai kemudiannya dilihat dibawa oleh perkhidmatan kecemasan di atas pengusung.
Presiden Bukele berkata “semua orang” akan disiasat, termasuk pasukan, pengurus, pegawai stadium, liga dan persekutuan.
“Siapa pun yang bersalah, mereka tidak akan terlepas daripada hukuman,” katanya dalam komen yang disiarkan di Twitter. – MalaysiaGazette