Foto Twitter Manchester City.

LONDON – Manchester City secara rasmi muncul juara Liga Perdana Inggeris  (EPL) musim yang ketiga berturut-turut selepas pesaing terdekat, Arsenal kalah mengejut di tangan Nottingham Forest dalam aksi di tempat lawan, awal pagi tadi.

Arsenal sebelum ini mengharapkan keajaiban apabila wajib memenangi semua baki perlawanan walaupun City hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk bergelar juara.

Namun kekalahan kepada Forest dan sebelum dikejutkan oleh Brighton minggu lalu meranapkan impian mereka walaupun mengungguli liga sejak awal musim.

Kegagalan tersebut jelas sukar ditelan oleh penyokong Arsenal yang sebelum ini yakin bahawa mereka akan menamatkan musim ini sebagai juara.

Prestasi Arsenal dalam beberapa perlawanan terakhir ini terutama sekali sejak April lalu sangat mengecewakan walaupun kelab itu pernah meninggal City di depan dengan lapan mata.

Arsenal kini menjadi pasukan paling lama berada di puncak EPL tanpa memenangi kejuaraan pada akhir musim.

Namun anak buah Mikel Arteta itu mengharungi kempen musim ini dengan skuad muda yang berjaya mengembalikan semula kelab itu ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan.

Bagi City, mereka berpeluang menamatkan musim ini sebagai juara treble kerana selepas ini akan beraksi dia dua final aitu UCL dan Piala FA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast