Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media mengenai Tayangan Perdana Filem Anwar The Untold Story di Pavilion Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Produksi filem Anwar: The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam enggan menyokong tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan Khamis lalu, namun jumlah kutipan tidak memenuhi sasaran apabila filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran oleh DMY Creation seperti ‘disabotaj’ oleh pihak pawagam.

Meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku, Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, ada pawagam enggan bekerjasama memberi lebih slot tayangan untuk filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu.

“Saya kesal filem Anwar: The Untold Story disabotaj oleh pihak pawagam. Lebih mengecewakan ada pawagam menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa, namun hanya memberikan empat slot untuk naskhah yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan Perdana Menteri menentang amalan rasuah ini.

““Ini juga satu tindakan tidak adil buat pembikin karya tempatanm sedangkan filem Anwar: The Untold Story ini sedang mendapat perhatian ramai, apatah lagi, ia mengenai kisah Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamed Yusoff berkata, pasukan produksi membuat tinjauan setiap hari untuk mengetahui respon penonton.

“Ramai penonton membuat aduan tidak dapat menonton di beberapa pawagam berikutan tiada slot tayangan.

“Jadi, kami bertindak membuat aduan kepada pihak pawagam, namun keadaan masih sama pada hari ketiga tayangan, semalam.

“Justeru, kami tidak boleh mendiamkan diri dan memilih untuk bersuara,” katanya.

Katanya, tindakan pawagam tidak memberikan sokongan terhadap filem tempatan memberi impak buruk terhadap pembangunan industri perfileman.

“Ini juga satu tindakan yang adil buat pembikin karya tempatan.

“Kami menghasilkan karya dengan bajet tinggi, namun bagaimana industri perfileman tempatan mampu bergerak ke hadapan sekiranya pihak pawagam bertindak mensabotaj terhadap karya tempatan.

“Industri perfileman tempatan tentunya akan berada di takuk lama dengan tindakan tidak bertanggungjawab sebegini,” ujarnya.

Mohamed Yusoff berkata, pihak berkenaan juga perlu tahu penting membezakan politik dan hiburan.

“Kalau kita sendiri enggan memberikan sokongan terhadap karya tempatan, siapa lagi boleh membantu?

“Timbul juga persoalan apa yang menjadi penghalang pihak pawagam menyediakan lebih banyak slot tayangan dan siapa perlu bertanggungjawab?

“Saya berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dapat memantau perkara ini agar layanan karya tempatan dan antarabangsa diberikan sama rata,” ujarnya.

Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.

Selain itu, filem berdurasi berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berdurasi 108 minit turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Ia menemui penonton di 124 pawagam seluruh Malaysia sejak Khamis lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

12 Komen

  1. oiii gile ke ape yg slh nye siape plk yg nk sabotaj…org yg repot tu ade akal ke sape yg nk pg tngk cerita ape tu…anwar the bontot story sape yg nk ngk cerita dh la bnyk yg dibuat buat x best plk tu…klu pawagam amik slot bnyk2 tp x de yg dtg tngk sape plk yg nk tnggung rugi pihak pawagam ade akal ke….lg pn org dh menyampah dngn anwar jenis manusia pndai tabur jnji bile ade power rakyat di tekan paras nk mati…lg satu soal kalimah allah isu agama jngn dipolitik kn ini negara islam bodoh….klu rakyat x bangkit isu kalimah allah mmng aku yakin pasti anwar the bontot story kn terus perlekeh kn agama die sndiri sbb die x ade harga diri…demi pngkat harta dan kuase die rela lihat rakyat derita die pejam mata walaupun agama die org buat perlekehkan….bile berhujah nk ikut jln berlandaskn agama tp bile buat seperti org jahil semata mata….lembu dicucuk tuan pd hidung nya tp manusia spesis die dipancing dengn kuase mana adil nya mana tanggungjawab die pd negara pd rakyat dan pling terkesan pd agama…..

    • wow marah WALAUN geng FIRAAUN,sebab KWSP tdk keluar,PN kalah teruskan cakap merepek bang,MATI nanti …ingat.

  2. salam Saudara Encik yusuf ingin saya memberi pendapat tayangan yg tayang di panggug sekarang yg mengisahkan tentang politik tidak sesuai utk ditayang setengah jenarasi terutama anak muda tidak suka atau tidak gemar memonton kisah politik saranan saya jikalau ingin maju dalam perfileman saudara ikut contoh Dato yusuf aslan filem di tayang memamparkan ke masyaraktan.

  3. jgn rasa kesal, luar negara terima filem anda insyaallah…buat MCM Datuk Michelle Yeoh pasti meletup punya

  4. kelakar sungguh ni… sepatutnya pawagam menyediakan slots tayangan ni setiap Rabu dan Khamis serta Sabtu dan Ahad sepanjang masa sehingga Parliament dibubarkan. PASTI menjadi SEJARAH. dan tiada sebab ahli-ahli parti Kerajaan PERBANDUAN terutama mazhab President Wak Welanon.
    goodbye Zahid Hamidi

  5. Tiket offer free pun tak ada orang nak pergi tgk. Sbb filem camni sesuai buat dodoi anak lena ja. Opss.. bahaya, kanak2 xleh masuk. Patut kena letak 18SG.. ada adegan pelik2 tak?

  6. teriba panggung pulak salah… filem tempatan? dgr citer pelakon ramai yg ckp indon… pengarah pun indon… pengambaran pun byk di indon… jd filem tempatan?
    terima la kenyataan… standard filem tk sampai level iQ org Msia…

  7. Cerita lagi banyak auta dari fakta, siapa nak tengok..Hahahahaha boleh pulak tu buat scene Tun M takut dgn anwar, deyy pigi lah takde siapa nak layan, dunia nyata pun banyak auta, dlm pawagam pun nak auta jugak

Comments are closed.