KUALA LUMPUR – Kutipan bagi hasil bidaan secara dalam talian paling tinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan siri FF, membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM34.3 juta, kata Anthony Loke Siew Fook.

Menteri Pengangkutan itu berkata, ia merekodkan jumlah kutipan tertinggi bagi bidaan dalam talian yang pernah dianjurkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi siri nombor pendaftaran.

“Siri FF amat diminati kerana trend yang dikenal pasti ialah orang ramai sangat meminati (nombor pendaftaran) yang abjadnya sama. Malah, siri FF ini amat diminati pemilik kenderaan Ferrari.

“Proses bidaan yang sepatutnya ditutup pada 18 Mei lalu juga terpaksa dipanjangkan selama 24 jam kerana terlalu ramai yang menaikkan jumlah bidaan pada saat akhir dengan keadaan itu menyebabkan sistem JPJeBid tergendala seketika,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, nombor pendaftaran FF turut mencatatkan jumlah pembidaan paling tinggi dalam sejarah iaitu pembabitkan 34,032 orang dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Untuk rekod, FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida sebanyak RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).

Selain itu, katanya, lima nombor pendaftaran paling diminati ialah FF199 yang dibida 34 orang, manakala FF51 (32 pembida), diikuti FF155, FF555 dan FF168 yang masing-masing dibida 29 individu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast