SEGALA-GALANYA bermula selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan meminta ahli parti itu untuk mengundi calon Kerajaan Perpaduan termasuk DAP dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.
Kenyataan Ahmad kemudiannya disambut sinis oleh pemimpin pembangkang. Ajakan tersebut dikecam seolah-olah Ahli Parlimen Pontian itu mengajak ahli UMNO ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Mengapa berkawan dengan DAP sekali gus mengundi parti itu dilihat sebagai satu dosa besar oleh Pas dan Bersatu sedangkan kedua-dua parti itu terlebih dahulu berkawan dengan DAP dan mengundi calon parti itu dalam pilihan raya sebelum ini.
Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, tindakan itu kemungkinan timbul daripada kebimbangan bahawa DAP dan UMNO menjadi semakin serasi.
Seruan Ahmad supaya ahli UMNO mengundi calon DAP kemudiannya dibalas beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung Anthony Loke yang mengarahkan anggota parti itu turut mengundi calon UMNO.
Tindakan yang dibuat oleh UMNO dan DAP bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia perkara biasa dalam politik.
“Bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan kita faham bahawa dalam konteks ini sebagai sebuah parti politik dan keanjalan dinamika politik, siapa pernah berkawan dan bermusuh adalah biasa dalam politik.
“Ini titik terlemah dalam konteks Melayu. Sudah tentu kita menjangkakan Pas dan Bersatu akan gunakan isu ini memandangkan betapa sentimen dan alergiknya orang Melayu terhadap DAP setelah melihat sentimen semasa terhadap penerimaan parti itu.
“Apatah lagi dalam keadaan semasa ini mereka sudah bersahabat berdua. Benda-benda begini tidak mengejutkan,” kata Mujibu.
Pas pernah menjalinkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi sebanyak dua kali dengan DAP iaitu menerusi Gagasan Rakyat (1990 hingga 1996) dan Pakatan Rakyat (2008 hingga 2015).
Bersatu yang diasaskan oleh bekas-bekas pemimpin UMNO pula mula ‘bercumbu’ dengan DAP hampir dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Justeru berdasarkan pengalaman lepas pemimpin pembangkang tidak seharusnya menjadikan persabahatan UMNO dan Pas sebagai satu isu.
“Kita rasa dari sudut ideal politik ini tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan Pas lebih awal bekerjasama dengan DAP dan pernah berkongsi pentas dan platform yang sama ketika Pakatan Rakyat.
“Kalau angkat dalam naratif politik matang dan sebagainya benda kerjasama ini biasa. Kita sedang melihat keperluan kerjasama itu atas dasar pilihan di dalam tiada pilihan.
“DAP tiada pilihan, UMNO pun tiada pilihan sudah tentu dalam tiada pilihan dititahkan berbuat begitu,” kata Mujibu.
Beliau menjangkakan suara-suara sinis supaya ahli UMNO dan DAP saling mengundi calon parti masing-masing akan digunakan sepenuhnya oleh pihak lawan sebagai senjata politik bagi meraih undi.
Mujibu percaya tindakan pembangkang menggunakan isu tersebut kerana khuatir persahabatan UMNO dan DAP akan bertambah kuat menjelang pilihan raya negeri.
Walaupun UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu namun parti itu masih mempunyai sokongan daripada orang Melayu.
Sokongan yang diterima seperti dalam pilihan raya negeri di Melaka dan Johor sebelum ini mungkin akan kembali dan berulang di enam negeri lau,
“Tambahan kita bercakap pilihan raya yang bersifat kenegerian dan apa yang berlaku di Johor dan Melaka bahawa parti-parti yang ada akar umbi kuat mungkin boleh menang kalau kena gaya.
“Kekhuatiran pilihan raya negeri ini akan menyebabkan kadar penurunan keluar mengundi, hal-hal begini kalau ada parti yang mempunyai akar umbi yang kuat, akan memberi kelebihan.
“Kita melihat isu-isu Melayu-Islam ini sudah pun dimainkan kerap kali. Mungkin kita boleh kata corak yang berbeza dalam pilihan raya negeri terkait isu negeri mengenai prestasi, pembangunan dan hal-hal setempat. Ini boleh jadi undi balik kepada UMNO,” terang beliau.
Bagaimanapun persoalannya, apakah langkah yang akan diambil oleh BN dan PH terutama UMNO dan DAP dalam mengangkis serangan parti lawan.
Parti tersebut perlu memberikan jawapan dan kenyakinan kepada pengundi masing-masing supaya matlamat bersama dicapai dalam pilihan raya negeri nanti.-MalaysiaGazette
Mujibu dari Uitm ni pun nak sembang kenapa dulu dulu dulu… hello come-on la… tambah CERDIK…
dorang telah berasa AZAB halatuju DAP dan bertindak keluar malah Rakyat telah mengetahui malapetaka itu.
contoh ada pelajar ANDA yang pernah berkerja dan berhenti diladang mengatakan taik BABI busuk Haram adakah ANDA tetap MENGHIDU dan bergelumang untuk merasai sendiri kerana pelajar ANDA pernah berada disitu?
simpan KETAT-KETAT BODOH tu untuk keturunan ANDA…
Sayonara after PRN 6 NEGERI
goodbye Zahid Hamidi