Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas serta telah membuat pertukaran alamat sebagai pemilih boleh menyemak status permohonan mereka bermula hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, daftar pemilih tambahan bulan April tahun ini (DPTBLN4/2023) telah diperaku dan diwartakan hari ini serta semakan dibuka selama 30 hari hingga 20 Jun.

Katanya, jika nama tidak disenaraikan, mereka boleh membat tuntutan dengan mengisi borang C, melalui aplikasi dalam talian atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya dengan mengisi borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan di https://myspar.spr.gov.my) atau hadir ke pejabat SPR di negeri-negeri berkenaan.

Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran di bahagian pilihanrayanya dengan mengisi borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan http://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Piihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Borang C dan Borang D juga boleh dmuat turun dari portal pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklan dikemukakan kepada pengarah pilihanraya negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada hari bekerja,” kata kenyataan itu.

Daftar pemilih tersebut mengandungi 39,306 nama warganegara berusia 18 tahun dan ke atas dari tempoh 1 April hingga 30 April tahun ini yang daftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Katanya, sebanyak 6,453 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya manakala 3,597 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai semakan itu boleh melayari laman portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau dengan menghubugi sendiri di talian 03-88927218 atau pergi ke mana-mana pejabat SPR negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast