Mangsa dibawa naik dari gaung dengan menggunakan pengusung.

BENTONG – Seorang warga emas lelaki maut selepas tergelicir lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter dalam kejadian di Genting Highlands, hari ini.

Dalam kejadian 2.53 petang tadi mangsa, berusia 60-an sedang membuat lawatan tapak untuk kerja-kerja pemasangan paip di lereng bukit di kawasan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dilaporkan tergelincir ketika membuat kerja-kerja pemantauan.

”Pasukan bomba terpaksa menggunakan tali dan pengusung untuk manaikkan mangsa,” katanya sambil memberitahu operasi itu dilakukan bersama unit kebakaran Genting Highlands. – MalaysiaGazette