airod
Wakil AIROD, Datuk Ismail Ibrahim (kiri) dan wakil KOP Aviation, Redzuan Shawaluddin pada majlis menandatangani NCNDA antara kedua-dua syarikat di Langkawi, semalam. (Gambar: Ihsan KOP Aviation)

KUALA LUMPUR – Aircraft Inspection, Repair & Overhaul Depot Sdn Bhd (AIROD) dan KOP Aviation Sdn Bhd menandatangani perjanjian tanpa pemintasan dan tanpa pendedahan (NCNDA) bagi mengembangkan perniagaan kedua-dua syarikat terbabit.

Majlis menandatangani NCNDA tersebut disempurnakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) di Langkawi semalam.

Naib Presiden Kanan AIROD, Datuk Edron Hayata Ahmad berkata, perjanjian yang ditandatangani oleh pegawai-pegawai yang mewakili dua syarikat tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama dalam pembekalan komponen dan alat ganti bagi industri penerbangan di negara ini.

“Perjanjian ini membolehkan AIROD memulakan perbincangan secara lebih mendalam dengan KOP Aviation dengan matlamat untuk mendapatkan perniagaan pada masa hadapan bagi memanfaatkan kedua-dua syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi KOP Aviation, Datuk Mohd Rafique Ramli Arifin berkata, kerjasama tersebut membolehkan syarikatkan menjayakan misi memberi perkhidmatan penerbangan bertaraf dunia di rantau ini.

AIROD dan KOP Aviation akan mengoptimumkan keupayaan bersama bagi meneroka skop yang lebih luas dalam perkhidmatan penerbangan bagi industri komersial serta pertahanan.

KOP Aviation merupakan anak syarikat KOP Mantap Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Polis Diraja Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast