Harga petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 25 Mei hingga 31 Mei 2023.

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 25 Mei hingga 31 Mei 2023.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit RON97 kekal RM3.35 seliter manakala harga petrol bersubsidi RON95 kekal RM2.05 seliter dan diesel pada harga RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global,

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast