Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyiasat mengenai ajaran didakwa tidak selari dengan syariat Islam di Indonesia dan turut melibatkan rakyat negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar merujuk kepada isu yang sedang diperkatakan berlaku di Pondok Pesentran Al Zaytun, Indonesia.

“Amalan yang berlaku di pusat berkenaan turut dilapor melibatkan beberapa warganegara Malaysia di sana.

“Saya telah meminta JAKIM untuk bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Republik Indonesia bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Na’im, perkara itu perlu dibincangkan lanjut oleh Panel Kajian Akidah JAKIM bagi mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

Sebelum itu, ada media melaporkan pondok pesantren berkenaan mencetuskan kontroversi termasuk mengadkan solat Hari Raya Aidilfitri dengan saf bercampur lelaki dan wanita.

Mereka juga dikatakan menyanyikan lagu rohani Yahudi dan bilal azan menghadap jemaah. – MalaysiaGazette