Dua treler bertembung di Kilometer 111.3 Jalan Kuantan - Segamat dalam kejadian awal pagi tadi.

KUANTAN- Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan berat yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori panjang lain dari arah bertentangan di Kilometer 111.3 Jalan Kuantan – Segamat dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mokhtar berkata, mangsa Ahmad Ridzuan Usman, 37 tahun disahkan meninggal di lokasi nahas.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila lori panjang jenis Volvo yang dipandu dari arah Kuantan menghala ke Segamat dan treler Hino dipanduĀ  mangsa dari arah Segamat menghala ke Kuantan bertembung.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, sewaktu melalui jalan berselekoh, lori mangsa telah hilang kawalan lalu memasuki jalan bertentangan dan merempuh bahagian hadapan kanan lori Volvo.

“Lori Volvo yang dipenuhi muatan papan telah jatuh dan menghempap kepala lori treler mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes masih dalam siasatan lanjut Seksyen 41 Akta Pengangkatan Jalan (APJ) 1987

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast