Doktor dan kakitangan Pusat Kecemasan Makkah bergambar kenangan bersama bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang jemaah umrah Singapura, Rabu lalu. foto SaudiGazette

MAKKAH – Seorang wanita muda Singapura, yang datang untuk menunaikan umrah, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Makkah.

Ibu dan bayi dalam keadaan sihat, menurut sumber perubatan.

Jemaah umrah yang hamil sembilan bulan itu dimasukkan ke Pusat Kecemasan Haram 3 di bawah Kluster Kesihatan Makkah pagi Rabu lalu.

Pasukan perubatan di pusat itu bergegas membantu jemaah berusia 30-an bersalin.

Ibu dan bayi itu dipindahkan ke Hospital Bersalin dan Kanak-kanak untuk rawatan susulan.

Kluster Kesihatan Makkah berkata dalam satu kenyataan: “Kami berkongsi kegembiraan jemaah umrah dan keluarganya, dan kegembiraan berganda untuk semua kakitangan perubatan kami.

“Hospital Kecemasan Ajyad dan Hospital Al-Haram dan Pusat Kecemasan berminat untuk memanfaatkan semua tenaga kerja mereka di hospital dan pusat kecemasan dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang diperlukan kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram,” katanya. – Agensi