Mohd Sharim turun padang bersama-sama  menyertai Operasi Bersepadu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang bersama komuniti di kawasan DUN Chini pada hari ini bagi mengesan haiwan ternakan yang berkeliaran

KUANTAN – Pihak Penguasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang akan menubuhkan menubuhkan pasukan sukarelawan khas bagi menangkap haiwan ternakan berkeliaran di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

ADUN Chini, Mohd Sharim Md Zain berkata, penubuhan itu dijalankan secara usaha sama antara JPV bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jawatankuasa pentadbiran DUN Chini.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan kolaborasi tersebut diadakan bagi menangkap dan mengawal ternakan berkeliaran di kawasan larangan seperti bahu jalan, kawasan perkampungan, dan premis awam hari ini.

”Pasukan sukarelawan ini akan berfungsi untuk membantu penguatkuasaan secara berterusan hingga isu dan masalah ternakan berkeliaran di DUN Chini selesai.

Bagi tujuan tersebut mohon individu atau NGO yang berminat untuk menyertai pasukan sukarelawan ini dapat menghubungi Sdr Saiful Nizam di talian 0111-6535337 Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan DUN Chini.

Tedahulu Mohd Sharim turun padang bersama-sama  menyertai Operasi Bersepadu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang bersama komuniti di kawasan DUN Chini.

Operasi itu bermula pukul 12 pagi hingga 5 pagi di lokasi terpilih dari Kampung Salong, Felda Chini dan Kampung Dusun. – MalaysiaGazette