Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan menutup sementara Pejabat Satelitnya di Segamat selama lima hari bermula Ahad ini.

Agensi berkenaan memaklumkan, penutupan sementara sehingga 1 Jun itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan pejabat.

Bagi tempoh tersebut katanya, pelanggan disaran untuk melakukan urusan berkaitan LHDN secara dalam talian atau hadir ke pejabat berkenaan yang berdekatan.

Tambahnya, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat premis dan perkhidmatan yang disediakan melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my. – MalaysiaGazette