Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (dua dari kiri) bersama pemenang dan finalis SAY ASPIRE.

KUALa LUMPUR – Tiga syarikat menjadi pilihan SAY ASPIRE iaitu program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.

Syarikat tersebut adalah Global Haltech Sdn. Bhd. yang menduduki tempat pertama diikuti MGR Malaysia Sdn. Bhd. dan H&S Delight (M) Sdn Bhd. selepas berjaya menyelesaikan pembentangan akhir atau Picth Finale.

Pemenang dinilai oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport termasuk Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selain Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Abu Bakar Yusof.

Penganjur iaitu Selangor Youth Community (SAY) berkata, kesemua pemenang membawa beberapa ganjaran berimpak tinggi iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan.

“Mereka juga diberi akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil.

“Ketiga pemenang ini adalah 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale,” katanya dalam satu kenyataan.

Program SAY ASPIRE adalah anjuran agensi Tengku Amir iaitu Selangor Youth Community (SAY).

Program anjuran agensi Tengku Amir, Selangor Youth Community merupakan kerjasama di antara Exco Pembangunan Usahawan Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa.

SAY menambah, program edisi kali keempat itu bermula Mac lalu sehingga Mei ini telah dan memberi impak kepada 30 usahawan industri Mikro, Kecil dan Sederhana (IMKS) di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global.

Jelasnya, antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18 hingga 40 tahun dan tidak diisytiharkan muflis dan disenarai hitam.

“Usahawan-usahawan di Selangor perlu melalui dua peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk pembentangan akhir,” katanya. – MalaysiaGazette