Gambar hiasan

SIEM REAP – Sebanyak 40 ekor buaya menyerang seorang penternak reptilia itu semasa dia cuba memindahhkan seekor haiwan tersebut dari kandangnya.

Luan Nam, 72, dikatakan menggunakan sebatang semasa memindahkan seekor buaya keluar dari sangkarnya tempat ia bertelur dalam kejadian semalam.

Malang nasib mangsa apabila buaya itu mencengkam kayu yang digunakannya menyebabkan dia terjatuh masuk ke dalam kandang.

Sekumpulan reptilia mengerumuninya, mengoyakkan tubuhnya sebelum meninggalkan kandang yang terletak di Siem Reap dengan berlumuran darah.

Mayat mangsa ditemui semula dengan keadaan lengan tercabut dipercayai sudah dibaham buaya. – Agensi