Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 MEI 2023.

KUALA LUMPUR –  Dakwaan Perikatan Nasional (PN) mengambil wang daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih dalam siasatan kerana ia melibatkan banyak agensi kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, beliau menyerahkan kepada agensi terbabit untuk membuat penjelasan mengenai siasatan itu.

Tegasnya, beliau tidak akan membuat sebarang dakwaan dengan mengeluarkan dakwaan itu tanpa memiliki asas kukuh.

“Sila baca kenyataan dengan lengkap dan baru ambil tindakan. Tapi kalau dia (Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin) mahu bawa terus (kemuka tindakan saman), silakan.

“Saya tidak akan keluarkan kenyataan kalau tiada asas. Ia (libat) banyak agensi, kalau ada bukti baru disebarkan dan ambil tindakan. Itu biar agensi jelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diirngi Menteri Pendidikan, Fadhila Sidek (dua,kiri) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengola Pesta Buku Antarabangsa, Mohd Khair Ngadiron (dua,kanan) menunjukan buku cenderamata pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 MEI 2023.

Semalam, Muhyiddin menuntut permohonan maaf daripada Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tuduhan gabungan itu mengambil wang daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen  PRU15.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN akan berbincang dengan pasukan peguam mereka mengenai tindakan seterusnya.

Tuntutan itu berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Anwar.

Sebelum ini, Anwar memberi bayangan parti ‘Melayu’ dan parti ‘Islam’ menerima dana syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan judi khas.

Zahid turut mengulang tuduhan itu dengan menyatakan beliau yakin sumber wang daripada pihak ‘sebelah sana’ datang daripada syarikat judi.

Dalam perkembangan lain, Pas yang merupakan parti komponen PN turut mendesak permohonan maaf daripada Anwar berhubung fitnah itu. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 MEI 2023.

1 Komen

  1. hehehehe
    ANWAR ANWAR…
    cakap je ada asas cakap je ada asas
    benarlah rakyat Malaysia telah ditipu oleh MADANON serta merosakkan structure Islam dan Melayu. PASTI rakyat ada asas berkata begitu kan kan kan
    ZAHID Penyamun ZAHID Penipu Zahid Rasuah ZAHID SAKAU tu… ADA ASAS atau tipu-tipu ASAS.. rakyat merasa TIADA ASAS mengekalkan MADANON kerana Rakyat ADA ASAS..
    ANWAR ANWAR

Comments are closed.