Logo Petronas.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang salah laku syarikat itu dalam projek bernilai RM399 juta.

Petronas berkata, siasatan itu melibatkan pemberian kontraknya kepada anak syarikat Malaysia sebuah syarikat huluan antarabangsa pada 2021.

“Petronas telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan dan tidak menemui sebarang salah laku oleh Petronas, pekerja dan pengarahnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Semalam SPRM memaklumkan, ia sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa dalam projek itu di Sarawak.

Namun identiti syarikat sebuah lagi tidak dimaklumkan.

SPRM berkata, ia telah menemui “beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur kerja” dalam siasatannya dan mencadangkan penambahbaikan dalam prosedur operasi standard Petronas sebagai langkah pencegahan.

Petronas berkata, ia akan terus menambah baik dan mengukuhkan prosedur operasi standardnya sebagai sebahagian daripada usaha mencegah dan memerangi segala bentuk rasuah dan salah laku. – MalaysiaGazette

SPRM siasat dakwaan rasuah projek Petronas bernilai RM399 juta