Annuar Musa. Foto MUHD NA’IM, 15 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa dijangka meleraikan teka-teki mengenai pendirian beliau dalam politik, petang ini.

Menurut Annuar, beliau akan memperincikan perkara itu dalam satu siaran langsung berjudul ‘Kenapa Pas, tidak UMNO’.

“Kita bertemu di LIVE FB petang ini Insyaallah,” kata beliau pada hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Annuar sebelum ini sering kali dilihat menghadiri masjlis dan program anjuran Perikatan Nasional (PN) dan terbaharu, program rumah terbuka gabungan itu pada minggu lalu di Shah Alam.

Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa Annuar merupakan antara lebih 10 bekas pemimpin UMNO yang telah mengisi borang permohonan menyertai Pas.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas memaklumkan, pengumuman rasmi mengenai penyertaan bekas Ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bersama bekas pemimpin UMN0 lain, akan dibuat hujung bulan ini.

Pada 1 Mei lalu, Takiyuddin mengesahkan Annuar sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai Pas, menyusul selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket PN. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Masuk je la.. tak yh nk berkias2.. tengok je la bintang politik terus menyinar atau kelam terus.. lgpun zaman dh berlalu. Rehat selagi ada peluang utk berehat

  2. diharap Annuar Musa sertai PN tidak menjadikan UMNO terus terkubur. Mudah-mudahan akarumbi UMNO segera mengeluarkan PENYAKIT pemimpin sediada dan desak melalui PRN 6 NEGERI sebagai mesej awal. ITU akan menjadi jawaban kepada kepala-kepala bebal di HQ UMNO.
    Sayonara Wak Welanon
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.