Syahredzan Johan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyokong Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas yang memfitnahnya berhubung isu kalimah Allah.

Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang memberitahu, mana-mana pihak yang masih berdegil dan terus memfitnahnya, mereka akan berdepan risiko disaman.

“Dalam beberapa hari ini, penyokong Pas-PN yang padam/tarikbalik/mohon maaf hantaran yang memfitnah saya.

“Siapa yang masih berdegil, saya tidak akan teragak-agak untuk saman.

“Sudah-sudahlah tu fitnah saya. Sebelum kempen, masa kempen dan sekarang enam bulan lepas saya dipilih pun,” ciapnya di akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sidang media di Parlimen mempersoal antara hujah digunakan Jill Ireland menggunakan tiga afidavit yang didakwa mewakili keseluruhan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, tiga afidavit itu masing-masing dikemuka Naib Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom.

“Adakah tiga orang yang membuat afidavit menyokong permohonan Jill Ireland ini mengatasi kuasa Majlis Agama Islam negeri? Itu kita persoalkan. Sekurang-kurangnya tiga Majlis Agama Islam (Selangor, Johor dan Kedah),” kata Takiyuddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kita tgk siapa yg lebih berkuasa. Undang2 dunia / Lim kit siang pujaan kau atau Allah yang mnjadikan dan mematikan kau!

Comments are closed.