KUALA LUMPUR – “Dulu lain, sekarang lain. Yang sama, asyik putar saja,” kata Tan Sri Shahrir Samad secara sinis.
Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung isu kejatuhan nilai ringgit.
Veteran UMNO itu membuat sindiran tersebut selepas Rafizi yang juga Ahli Pandan semalam dilapor berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan kepada pendapatan negara.
Shahrir turut menyertakan tajuk keratan akhbar berhubung laporan yang memetik kata-kata Rafizi di laman sosialnya itu.
Dalam kenyataan itu, Rafizi berkata, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar Amerika.
“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya.
“Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan untuk menyemak semula unjuran,” kata Rafizi. – MalaysiaGazette
Klu mcmtu biar naik smpai rm10 1 dollar