Wee Ka Siong ECRL
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan, pengamal media yang bertungkus lumus membanteras berita palsu bukan sahaja merupakan wira yang tidak didendang sebaliknya turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Malah, laporan berita yang positif dan sarat dengan kritikan membina juga menjadikan wartawan sebagai pihak yang penting serta diperlukan bagi sebuah negara seperti Malaysia.

“Pengamal media yang beretika bukan sahaja menjadi ‘unsung hero’ yang bertungkus lumus membanteras berita palsu, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan negara.

“Selamat Hari Wartawan Nasional, terima kasih atas peranan yang dimainkan demi manfaat masyarakat dan negara,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, pengamal media dari seluruh negara diraikan sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023.

Majlis kemuncak bagi sambutan itu yang diadakan di Ipoh disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya ketika merasmikan majlis berkenaan Anwar menggesa, semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya mencaci atau menghina pihak yang berbeza aliran dengan Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette