LONDON – Penyerang muda sensasi, Jude Bellingham melakar sejarah apabila dinobat pemain terbaik Bundesliga musim ini di usia bakal mencecah 20 tahun, lapor BBC Sport.
Pemain tengah skuad kebangsaan England itu memenangi anugerah itu hanya dua hari selepas kelabnya, Borussia Dortmund terlepas gelaran Bundesliga kepada Bayern Munich kerana perbezaan gol.
Bellingham telah membuat lebih daripada 130 penampilan sejak menyertai Dortmund dari Birmingham dengan harga lebih GBP20 juta tiga tahun lalu.
Bellingham yang berusia 20 tahun bulan depan mengetuai Dortmund musim ini untuk menjadi kapten termuda kelab itu dan menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan.
Dia kini dikaitkan dengan perpindahan dari Jerman pada musim panas ini dengan Real Madrid dilaporkan mengetuai persaingan untuk mendapatkan tandatangannya. – Agensi